Cetak

Perpustakaan UniSZA raikan persaraan staf

Perpustakaan UniSZA meraikan empat orang staf yang akan bersara pada tahun 2017 ini dengan mengadakan Majlis Meraikan Persaraan Staf Perpustakaan yang berlangsung pada 13 Julai 2017 lalu.  

Staf yang diraikan ialah Puan Anisah Mohamad (Pembantu Pustakawan Kanan), Puan Zamrah Said (Pembantu Pustakawan), Puan Khamidah Khalid (Pembantu Operasi) dan Cik Paridah Akma Ghazali (Pembantu Operasi).

      

      

Majlis diadakan secara sederhana dan santai di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan, Aras 1.

Dimulai dengan bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan aluan Ketua Pustakawan, Puan Rohani Othman dan seterusnya ucapan daripada wakil staf yang diraikan, Puan Anisah Mohamad.

Seluruh warga Perpustakaan UniSZA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada empat orang staf yang diraikan atas komitmen kepada perpustakaan selama berkhidmat di UniSZA. Semoga Allah memberkati segala jasa yang telah diberikan.  

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions