Cetak

Perpustakaan UniSZA berkolaborasi bersama 16 pembekal jayakan Pameran Buku Akademik UniSZA 2017

Pameran Buku Akademik UniSZA 2017 sedang berlangsung bermula 9 sehingga 13 April 2017 bertempat di Atrium Perpustakaan UniSZA.

Pameran yang menghimpunkan sebanyak 16 pembekal dari seluruh negara ini adalah suatu medium terbaik untuk memberi peluang kepada warga akademik bagi memilih bahan-bahan rujukan yang sesuai untuk para pelajar.

Pada pameran kali ini, para pembekal yang terlibat adalah IBZ Resources, Famous Four Sdn. Bhd., Refined Contour Sdn. Bhd., Koperasi USM Bhd (Cawangan Pantai Timur), Koperasi Kedai Buku UniSZA, NP Academic Resources Sdn. Bhd., Nijuyon Sdn. Bhd., YUHA Associates Sdn. Bhd., Kedai Buku Ibzanis Sdn. Bhd., Perdana Marketways Sdn. Bhd., Pustaka Kamza Sdn. Bhd, Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd., Ashe Enterprise Sdn. Bhd., Penerbit UniSZA, Koperasi Kakitangan UniSZA Terengganu Sdn. Bhd. dan NZR Computer Terengganu Sdn. Bhd.

                            

                            

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pameran Buku Akademik UniSZA 2017, Puan Nurul Huda Zulkifli, pameran ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pensyarah khususnya membuat pemilihan bahan-bahan rujukan bagi memenuhi keperluan fakulti dan pelajar.  

“Pameran ini juga merupakan suatu usaha Perpustakaan UniSZA dalam menyediakan kemudahan atau ‘one-stop center’ kepada para pensyarah membuat pemilihan bahan-bahan rujukan yang rata-ratanya adalah daripada luar negara. Selain itu, para pensyarah juga dapat melihat sendiri bahan-bahan rujukan di samping dapat  meneliti kandungan bahan-bahan tersebut untuk dirujuk oleh para pelajar. Ini juga adalah tanggungjawab kami kepada warga UniSZA dalam memastikan bahan-bahan rujukan yang terbaik diperolehi selain dapat membantu menyokong proses pembelajaran dan pengajaran di universiti”, katanya.

Selain pameran, turut diadakan pertandingan kuiz bagi menguji minda dan juga hadiah untuk pengunjung bertuah.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions