Cetak

Perpustakaan UniSZA terima Lawatan dari Brunei

Perpustakaan UniSZA menerima lawatan seramai lebih 20 pelajar dan pensyarah  dari  Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei sempena program Lawatan Ilmiah ke UniSZA pada 23 Januari 2017. Lawatan ini adalah untuk melihat dan mengetahui perkembangan dan pembangunan Perpustakaan UniSZA di samping mengukuhkan hubungan baik antara negara Brunei dan Malaysia.

                

Rombongan yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi ini telah dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA. Terdahulu, mereka turut diberikan taklimat ringkas oleh Pustakawan, Puan Noorfadzilah Mokhtar.

 BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions