Cetak

30 pelajar , pensyarah IIUM Lawat Perpustakaan UniSZA

Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan seramai 30 pelajar dan pensyarah  dari  International Islamic University Malaysia (IIUM) sempena  Lawatan ke Perpustakaan UniSZA pada 16 Januari 2017 lalu. Lawatan ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam pengurusan kerja dan peranan institusi maklumat dalam menyebarluas pelbagai ilmu yang juga menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di institusi pengajian tinggi.

             

Selain itu, lawatan ini diadakan untuk mengukuhkan hubungan baik yang sedia ada antara institusi maklumat selain menambah pengetahuan mengenai pengurusan perpustakaan untuk memenuhi keperluan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Rombongan yang tiba kira-kira jam 9 pagi ini telah dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA. Terdahulu, mereka turut diberikan taklimat oleh Pustakawan Kanan, Encik Mohd Sabri Muda.

             

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions