Cetak

Perpustakaan UniSZA terima Lawatan Panel Penilai MQA bagi Program 'Master of Business Administration (MBA)'

 

Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan seramai tiga panel penilai dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersempena dengan Penilaian Akreditasi Penuh Program Master of Business Administration (MBA). Lawatan dari pihak MQA ini yang terdiri daripada panel penilai iaitu Prof. Dr. Chong Siong Choy, Dr. Nurul Fadly Habidin dan Dr. Jamaludin Akbar. Turut serta ialah wakil MQA iaitu Puan Aisyah Amaran. Sesi lawatan ini dijalankan dalam memastikan penilaian akreditasi dapat dilaksanakan dengan lancar serta menerima pengiktirafan yang baik dari pihak MQA. Berfungsi sebagai sebuah badan jaminan kualiti, MQA memainkan peranan utamanya dalam membangunkan kriteria dan standard yang berkaitan, sebagai rujukan kebangsaan bagi tujuan penganugerahan kelayakan dalam memastikan kualiti institusi pendidikan tinggi dan program. MQA juga ditubuhkan untuk meakreditasi kursus-kursus yang memenuhi kriteria yang ditetapkan mengikut piawaian.

                

                

 BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

 

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions