Cetak

Pelajar latihan industri tamat latihan dirai

 

Setelah hampir lima bulan menjalani latihan industri di Perpustakaan UniSZA, dua orang mahasiswi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana iaitu Azwani binti Yaacob dan Fatin Nasuha binti Zainal Abiddin akhirnya akan menamatkan tempoh latihan tersebut pada 30 Jun 2015. Mereka yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sumber Maklumat, dari Fakulti Pengurusan Maklumat  ini telah memulakan latihan industri pada 1 Februari yang lalu. Sepanjang latihan industri yang dijalankan di sini, mereka telah dilatih untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan perpustakaan di setiap bahagian Perpustakaan UniSZA. Mereka juga turut didedahkan dengan pelbagai ilmu serta kemahiran berkaitan oleh para staf Perpustakaan UniSZA untuk membolehkan mereka mengadaptasi serta mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi alam pekerjaan suatu hari nanti. Sempena meraikan mereka, satu Majlis Perjumpaan Sempena Tamat Latihan Industri telah diadakan pada 29 Jun lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan UniSZA yang dihadiri oleh para pustakawan serta Ketua Pustakawan, Perpustakaan UniSZA, Puan Rohani Othman. Di majlis tersebut juga, Puan Rohani Othman yang turut berucap, mengambil kesempatan tersebut untuk berpesan agar mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang berada di sini apabila menghadapi alam pekerjaan kelak selain turut mendoakan mereka berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions