Cetak

Warga Perpustakaan al-Basuti kunjungi Perpustakaan UniSZA

 

Warga Perpustakaan al-Basuti, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), Besut hari ini mengadakan lawatan penanda aras ke Perpustakaan UniSZA. Rombongan seramai 11 orang ini yang merupakan kakitangan Perpustakaan al-Basuti, IPGKSM ini disambut oleh beberapa orang staf dan pustakawan Perpustakaan UniSZA. Rombongan ini tiba jam 2.30 petang dan mereka diberikan taklimat ringkas mengenai Perpustakaan UniSZA.

   

Lawatan penanda aras ini adalah bertujuan untuk meninjau serta mempelajari dari segi aspek pengurusan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan bagi menarik minat para pengguna ke perpustakaan. Selain itu, lawatan ini juga diharapkan dapat memberikan perkongsian pengalaman dan pengetahuan baru kepada staf terutamanya dari segi pengurusan perpustakaan yang baik dan berkesan. Usai sesi taklimat, rombongan ini juga dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA bagi membolehkan para peserta rombongan melihat kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan untuk para pengguna. Diharapkan lawatan ini juga dapat mewujudkan kerjasama yang baik serta mengeratkan hubungan antara Perpustakaan UniSZA dengan pihak Perpustakaan al-Basuti.

 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions