Cetak

Perpustakaan UniSZA rai kunjungan Ketua Pustakawan UMS

Perpustakaan UniSZA hari ini berbesar hati menerima kunjungan tetamu istimewa dari negeri di Bawah Bayu, Sabah. Beliau adalah Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Puan Dg. Rukiah Ag. Amit. Kunjungan ini adalah bersempena dengan program “Chief Librarian Talk” yang diadakan di Kota Bharu. Beliau yang tiba pada jam 9.30 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UniSZA, Puan Faridah Muda dan beberapa orang pustakawan. Beliau juga diberikan taklimat ringkas mengenai Perpustakaan UniSZA di Bilik Mesyuarat Perpustakaan selain turut sama berkongsi buah fikiran dan bertukar pendapat dalam bidang berkaitan.

Kunjungan ini boleh disifatkan sebagai satu medium perantaraan yang mampu memberikan impak yang positif dalam membina hubungan yang lebih erat di antara UniSZA dan UMS. Kunjungan ini juga memberi petanda baik dalam usaha memajukan bidang kepustakawanan dan maklumat serta meningkatkan taraf profesion pustakawan di Malaysia.  

Seterusnya, Puan Dg. Rukiah Ag. Amit dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA bagi melihat sendiri kemudahan infrastruktur serta perkhidmatan yang disediakan. Kunjungan ini berakhir sekitar jam 2.30 petang.

                             

                             

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

 

 

 
                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions