Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Kolaborasi Tiga Institusi Ilmu Tarik Penyertaan Lebih 40 Pelajar dan Guru

Bagaikan aur dengan tebing, ibarat isi dengan kuku. Perumpamaan tersebut diterjemahkan oleh kolaborasi tiga institusi akademik, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling melalui Bengkel Pemindahan Ilmu Kolaborasi PSNZ, UMT Bersama PWB, UniSZA dan SMK(A) Durian Guling. Bengel tersebut telah menarik penyertaan seramai 49 pelajar, guru dan pembantu Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Program berlangsung di SMK(A) Durian Guling pada 8 hingga 9 Mei 2024 dan mempunyai pelbagai pengisian bagi membantu pihak sekolah mengadakan aktiviti pemindahan ilmu berkaitan kemahiran teknikal yang diperlukan dalam mengendalikan Pusat Sumber Sekolah.

Antara pengisian program ialah slot Canva, Tiktok, Asas Fotografi, Sayembara Puisi dan Motivasi yang disampaikan oleh para penceramah jemputan.

Program ini juga merupakan suatu usaha berterusan kedua-dua perpustakaan dalam mengembangkan kreativiti dan kemahiran luar bilik darjah khususnya dalam kalangan para pelajar. Selain itu, program sebegini dapat memperkukuh kerjasama serta jalinan hubungan baik antara Universiti Awam (UA) dan warga sekolah. Ini juga dapat menjadi suatu sumbangan bermakna UA kepada pihak sekolah dalam mencapai aspirasi pendidikan negara.

Dalam pada itu, pengisian seperti Sayembara Puisi diadakan sebagai suatu usaha murni PWB bagi menyokong saranan kerajaan dalam memartabatkan amalan membaca dan menyebar luas ilmu melalui pelbagai medium.

Terdahulu PWB juga telah menjayakan pelbagai program seiring saranan tersebut seperti Jom Baca 10 Minit, Quran Hour dan Karnival Baca Perdana yang dijangka diadakan pada Julai ini.

       

   

                                                                                             

 

9 Mei 2024

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

 

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

434302
Today: 103
Yesterday: 107
This Week: 210
Last Week: 979
This Month: 5,865
Last Month: 7,394
Total: 434,302