Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Ketua Pustakawan UniSZA Saran Perkasa Perkongsian Pintar Sekolah dan Universiti

Perkongsian ilmu merupakan suatu langkah proaktif yang sering dilaksanakan bagi membolehkan sesuatu bidang ilmu atau kemahiran dapat disebar luas kepada pelbagai golongan. Apatah lagi, perkongsian kepakaran dijalankan oleh mereka yang sememangnya arif dalam bidang tersebut.

Langkah ini suatu saranan positif yang diutarakan oleh Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Norulhuda Makhtar ketika hadir di Majlis Menandatangani Note Of Understanding (NOU) antara Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling. Program tersebut berlangsung pada 8 Mei 2024 di SMK(A) Durian Guling.

Menurut beliau, perkongsian pintar antara sekolah dan universiti membuka peluang untuk pertukaran pengetahuan, pengalaman dan inovasi serta mampu memberi impak yang baik kepada kedua-dua pihak.

“Dengan berkolaborasi, kita dapat memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar, menyediakan latihan dan pembangunan profesional yang berterusan. Selain itu, dapat memberi manfaat besar kepada anak-anak pelajar khususnya yang akan mewarisi negara kita,” katanya.

Beliau turut menambah, hasrat ini dapat direalisasikan dengan termeterainya majlis menandatangi tersebut sebagai bukti komitmen ketiga-tiga institusi keilmuan untuk saling memberi, melengkapi, membantu dan menyokong antara satu sama lain.

“Dengan kesungguhan dan semangat kerjasama, saya yakin bahawa kolaborasi ini akan membawa impak yang positif kepada seluruh komuniti pendidikan. Marilah kita bersama-sama menjadikan kolaborasi ini sebagai model yang berkesan untuk masa depan pendidikan kita dan semoga inisiatif kita ini sentiasa di bawah lindungan dan redha Allah SWT”, tambahnya.

Dalam pada itu, Bengkel Pemindahan Ilmu Kolaborasi Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Bersama SMK(A) Durian Guling turut diadakan bertujuan membantu pihak sekolah mengadakan aktiviti pemindahan ilmu berkaitan kemahiran teknikal yang diperlukan dalam mengendalikan pusat sumber sekolah. Selain itu, program ini sebagai suatu inisiatif bagi menyediakan para pelajar dengan kemahiran-kemahiran di luar bilik darjah. Ini sangat penting kepada mereka sebagai nilai tambah ilmu yang mereka ada untuk menghadapi pelbagai cabaran arus perdana kini.

         

                                           

9 Mei 2024

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

445460
Today: 219
Yesterday: 100
This Week: 1,249
Last Week: 694
This Month: 1,826
Last Month: 3,414
Total: 445,460