Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Kursus Pemikiran Kreatif dan Inovatif

PWB telah menganjurkan Kursus Pemikiran Kreatif dan Inovatif yang berlangsung di Auditorium, PWB, Kampus Gong Badak pada 21 Februari 2024 (Rabu). Kursus yang melibatkan 32 dua orang staf PWB dan 9 orang staf Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), yang dirangka bagi mengukuhkan gerak kerja dan memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan dalam usaha untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna PWB dan PSNZ.
 
Penyertaan bersama staf PWB-PSNZ membuktikan hubungan PWB-PSNZ sentiasa kukuh berlandaskan jalinan sinergi yang dimeterai bersama.
Gelak tawa para peserta jelas menunjukkan keterujaan dan keseronokan mereka semasa menjalani kursus ini memandangkan PWB telah menjemput penceramah yang tidak asing lagi iaitu Encik Mazri bin Mamat dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman, Payoh, Kemasik Terengganu.
 
Kursus yang berakhir pada pukul 4.45 petang dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta untuk menyerap ilmu daripada penceramah yang begitu berpengalaman. Semoga para peserta beroleh manfaat dari kursus yang disertai ini. Sesungguhnya ilmu yang baik adalah bukan tentang apa yang dihafal tetapi ilmu yang baik adalah tentang apa yang kita manfaatkan.
 
         
 
 

25 Februari 2024

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

 

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

420302
Today: 246
Yesterday: 323
This Week: 569
Last Week: 1,930
This Month: 6,823
Last Month: 5,217
Total: 420,302