Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERATURAN AM

1. Penggunaan perpustakaan dan kemudahan yang disediakan hanya terhad kepada kakitangan dan pelajar UniSZA atau pelawat yang telah mendapat kebenaran khusus sahaja.


2. Pengguna diwajibkan memakai  kad pelajar/kad kakitangan semasa berada di perpustakaan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pengguna di larang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.


3. Pengguna hendaklah berkelakuan baik dan berpakaian kemas mengikut Kod Etika Pakaian UniSZA semasa berada di dalam perpustakaan.


4. Semasa berada dalam perpustakaan pengguna dilarang;

- Membuat bising, berbual, dan berbincang sehingga menggangu ketenteraman orang lain.

- Mengguna telefon bimbit dalam perpustakaan. Telefon bimbit mestilah di letakkan dalam ’mode’ bergetar (vibrate) atau senyap 'silent'.

- Pihak perpustakaan berhak menegur dan meminta pengguna keluar  dari perpustakaan  sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi.

- Merokok, makan, dan minum.

- Mencoteng, mengoyak, merosakkan, mencuri bahan perpustakaan.

- Memindahkan buku/bahan dari satu aras/koleksi ke aras/koleksi lain.

- Mengalih, menyalahguna, dan merosakkan perabut.

- Membuang sampah merata-rata.


5. Semua bahan perpustakaan hanya boleh dibawa keluar melalui pinjaman atau mendapat kebenaran daripada Ketua Pustakawan.


6. Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam perpustakaan.


7. Buku dan peralatan lain yang ditinggalkan di atas kerusi dan meja dalam jangka waktu yang panjang akan dipungut oleh kakitangan perpustakaan. Pengguna boleh mengambil barang tersebut di Bahagian Perkhidmatan Maklumat.


8. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dipinjam. Membuat pinjaman dengan menggunakan kad pelajar/kad kakitangan pengguna lain adalah satu kesalahan.


9. Waktu rasmi untuk menentukan denda ke atas buku-buku yang lewat dipulangkan dan untuk tujuan-tujuan lain (seperti denda lewat hantar buku) akan dikira menurut jam yang ditentukan dalam sistem perpustakaan berkomputer. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan kepada sistem tersebut, masa yang tepat akan ditentukan mengikut maklumat tarikh yang ada pada slip pemulangan bahan.


10. 15 minit sebelum perpustakaan ditutup loceng akan dibunyikan. Pengguna-pengguna dikehendaki meninggalkan perpustakaan pada masa itu. Semua urusan di kaunter dan penggunaan kemudahan-kemudahan akan ditamatkan.


11. Kakitangan perpustakaan berhak mengarahkan pengguna meninggalkan perpustakaan jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan atau mengganggu ketenteraman dalam perpustakaan.


12. Pihak perpustakaan berhak menghalang pengguna dari menggunakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan sekiranya melanggar peraturan perpustakaan atau peraturan universiti.


13. Untuk kepentingan semua, pihak perpustakaan berhak meminda atau menambah sebarang peraturan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

411971
Today: 172
Yesterday: 232
This Week: 1,247
Last Week: 992
This Month: 3,709
Last Month: 4,964
Total: 411,971