Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Hari Warga PWB Menutup Tirai Tahun 2023

Hari Warga PWB 2023 menjadi penutup tirai aktiviti pada tahun ini. Berlangsung di Sport Complex, Terengganu Equestrian Resort (TER) pada 16 Disember 2023, Sabtu, seramai 50 orang kakitangan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) telah bersama-sama menjayakan program yang berlangsung selama separuh hari ini.
 
Perancangan rapi telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Kumpulan Pelaksana yang dipengerusikan oleh Encik Wan Mohd Sairi bin Wan Malik sehinggakan Hari Warga PWB terlaksana dengan jayanya. Kali ini, pertandingan bowling telah mengisi perjalanan Hari Warga PWB.
 
Sebaik sahaja tamat perlawanan, program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah oleh Puan Norulhuda Makhtar, Ketua Pustakawan PWB. Selain hadiah kepada pemenang berkumpulan, turut diadakan Anugerah Pemain Terbaik yang dimenangi oleh Encik Sabri Muda, Encik Mursyidi Mohamed, Puan Kamariah Zaki dan Cik Nur Syahirah Mazlan. Bagi memeriahkan suasana, Anugerah Pemain Tercorot telah diberikan kepada empat orang kakitangan PWB. Anugerah tersebut telah jatuh kepada Puan Rosnorzaini Rusli, YM. Raja Noradilla Hayyana binti Raja Khalid, Encik Muhammad Baihaqi Fakri dan Encik Muhamad Fathuddin Anuar 😂. Buat pemain tercorot, sila cuba lagi tahun hadapan. Anda pasti boleh! Selain itu, cabutan bertuah turut disediakan untuk semua kakitangan PWB.
 
Adalah diharapkan dengan berlangsungnya program sebegini, hubungan kekeluargaan kakitangan PWB sama ada di Kampus Perubatan, Kampus Besut dan Kampus Gong Badak sentiasa terjalin erat dan harmoni, kita adalah satu keluarga.
 
 412258734 912402457556869 2721580210119780358 n       
                                                                            
 

18 Disember 2023

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

410310
Today: 28
Yesterday: 147
This Week: 578
Last Week: 309
This Month: 2,048
Last Month: 4,964
Total: 410,310