Lawatan ke PWB Sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri ke-34/2023
Sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri ke-34/2023 yang berlangsung pada 15 November 2023, Rabu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) turut menjadi salah satu tempat kunjungan para komander. PWB dengan berbesar hati telah menerima ketibaan DYTM Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, DYTM Raja Muda Kedah, Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, YAM Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Pahang, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Keberangkatan tiba para Komander Askar Wataniah ini ke PWB telah dibawa menelusuri sejarah Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sehinggalah tertubuhnya UniSZA. Selain itu, mereka turut dibawa melawat ke dua buah galeri yang menjadi ikon PWB iaitu Galeri Malcom McDonald dan Galeri Sasterawan Negara, A. Samad Said.
Lawatan singkat yang mengambil masa lebih kurang sejam ke PWB ini telah disantuni oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd. Razak serta diiringi oleh Ketua Pustakawan PWB, Puan Norulhuda bin Makhtar dan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Ketamadunan Melayu Islam, Prof. Madya Dr. Mohamad Zaidin bin Mat @ Mohamad dan Pengarah Pusat Alumni, YM Syed Mohd Azmi bin Syed Ab. Rahman.
15 November 2023
PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA