Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PWB-PSNZ teruskan usaha perkongsian ilmu pemuliharaan bahan-bahan perpustakaan

Kaedah penjilidan merupakan suatu perkara penting dalam aspek pemuliharaan bahan, khususnya bahan-bahan perpustakaan. Penjilidan merupakan suatu proses yang agak kompleks, di mana memerlukan ketelitian dan ketekunan supaya hasil yang diperolehi itu sempurna dan kukuh, selain dapat memelihara serta mengekalkan jangka hayat sesebuah bahan itu dengan lebih lama.
Bagi tujuan tersebut, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), UniSZA dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkolaborasi dalam mempraktiskan perkongsian ilmu dan kepakaran yang ada supaya dapat dimanfaatkan bersama-sama mereka yang terlibat dalam bidang perpustakaan dan maklumat.
Bersempena program LibraryWeek2023@PWB, Bengkel Penjilidan dan Pembaikan Ringan Bahan-bahan Perpustakaan telah diadakan di Auditorium Perpustakaan, UniSZA Kampus Gong Badak pada 13 Jun 2023. Bengkel ini melibatkan seramai 13 orang peserta dari dua institusi ini. Selain itu, peserta juga turut didedahkan dengan pengetahuan asas tentang kaedah pemuliharaan dan penjilidan bahan yang melibatkan kerja-kerja praktikal atau amali.
Mereka juga mendapat panduan mengenai kaedah pemuliharaan bahan perpustakaan dengan lebih efektif supaya pengurusan bahan-bahan tersebut dilaksanakan dengan betul. Selain itu, dapat menjamin bahan-bahan tersebut tahan lebih lama dan berada dalam keadaan yang baik. Umum mengetahui bahawa kos peralatan penjilidan sememangnya agak tinggi. Walau bagaimanapun, dengan penggunaan peralatan yang minimum, kerja-kerja penjilidan masih boleh dijalankan dengan baik dan mampu menghasilkan hasil kerja yang optimum.

                                                              

                                                                 

                                                             

 

13 JUN 2023

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

420300
Today: 244
Yesterday: 323
This Week: 567
Last Week: 1,930
This Month: 6,821
Last Month: 5,217
Total: 420,300