Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERKONGSIAN ILMU PERLU DIPERLUASKAN KEPADA PELBAGAI MEDIUM

Kos yang tinggi dalam memperolehi kepelbagaian sumber khususnya sumber dalam talian yang sangat penting pada masa kini memungkinkan banyak institusi maklumat menghadapi kekangan untuk mendapatkan atau melanggan sumber-sumber tersebut.

Namun, keperluan kepada bahan-bahan rujukan tersebut sangat tinggi memandangkan perubahan gaya hidup kini yang banyak mengaplikasikan penggunaan gajet dan internet dalam pelbagai urusan.

Amalan perkongsian ilmu yang dipraktiskan antara institusi maklumat merupakan satu platform utama yang mampu menjadi satu solusi selain memberikan manfaat kepada semua golongan.

Hakikat ini dipersetujui oleh Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Puan Mazmin Mat Akhir yang turut menyarankan agar perkongsian ini tidak hanya tertakluk kepada bahan-bahan rujukan atau sumber eletronik semata-mata, namun perlu merangkumi perkongsian kepakaran, teknologi, pelantar, perkhidmatan, fasiliti melalui rangkaian perpustakaan ataupun melalui kolaborasi di antara perpustakaan.

Beliau berkata demikian ketika hadir secara dalam talian selaku panel program Webinar Perkongsian Ilmu bertajuk “Naratif Baharu Perkongsian Sumber Dalam Era Digital” pada 21 Mac 2023.

Beliau turut menambah, perkongsian maklumat dan sumber memerlukan komitmen dan kesungguhan semua pihak terutama institusi-institusi maklumat supaya matlamat dan objektif perkongsian ilmu tersebut dapat dicapai dengan efektif dan dimanfaatkan semua pihak.

     “Usaha ini memerlukan mandat untuk membolehkan semua institusi bergerak sepertimana yang dirancang. Oleh itu, usaha ini juga memerlukan jawatan kuasa untuk mencadangkan dasar-dasar dan polisi yang mantap supaya institusi dapat diberikan mandat melaksanakan pelbagai inisiatif tersebut,” katanya.

     Pendapat beliau turut disokong oleh Timbalan Rektor, Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Kelantan, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nasir Ismail yang juga ahli panel program tersebut.

     Menurut beliau, perkongsian sumber juga dapat memaksimumkan ketersediaan bahan dan perkhidmatan pada kos yang minimum. Selain itu, usaha ini dapat mempromosikan akses terbuka kepada penyelidik ilmiah melalui pelbagai inisiatif iaitu repositori institusi, jurnal akses terbuka dan sumber penyelidikan terbuka.

     “Akses terbuka mampu memecahkan halangan kepada pengetahuan dan memastikan penyelidikan boleh diakses kepada semua. Perpustakaan akademik khususnya perlu meningkatkan kerjasama dan kolaborasi untuk membina koleksi sumber yang komprehensif bagi memenuhi keperluan komuniti.

     Walau bagaimanapun, pemeliharaan digital perlu diberi perhatian bagi memastikan segala sumber ini boleh diakses dari semasa ke semasa. Selain itu, isu-isu keselamatan seperti risiko serangan kecil tidak boleh diabaikan dan kebocoran data mungkin berlaku dan ini boleh meletakkan pangkalan data tersebut berada dalam keadaan tidak selamat,” ujarnya.

     Sementara itu, panel undangan ketiga iaitu Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Encik Salleh Hudin Mustaffa berpendapat, perkongsian sumber ini bukan suatu perkara yang asing kerana sudah lama dipraktiskan di negara lain.

     Menurut beliau, “Sudah tiba masanya kita perlu menyiapkan segala keperluan untuk ke arah perkongsian sumber. Kita perlu bergerak ke hadapan seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat,”.

     “Dalam hal ini, institusi maklumat khususnya perpustakaan akademik perlu mempunyai dasar dan polisi yang jelas bagi memastikan usaha ini dapat berjalan dengan baik,”.

     Beliau juga mencadangkan bagi melaksanakan perkongsian sumber ini, kajian terhadap pemilikan dokumen dan ilmu pengetahuan perlu dibuat secara kritis supaya perkara ini jelas dan pelbagai isu yang timbul seperti hakcipta dapat diuruskan dengan baik.

     Dalam pada itu, ketiga-tiga panel jemputan turut menyeru kepada semua warga institusi maklumat supaya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam memartabatkan perkongsian ilmu. Dalam era digital ini, kita semestinya perlu sentiasa berfikiran terbuka dan menerima segala transformasi dengan positif. Penglibatan semua pihak diperlukan bagi menjayakan usaha ini supaya dapat memberi impak yang baik kepada generasi akan datang.  

Program selama lebih dua jam ini menampilkan Pustakawan Kanan UniSZA, Puan Sofiah Khalid sebagai moderator. Program ini dijalankan oleh PWB dalam usaha mempromosikan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah kepada institusi luar dan menyemarakkan kepelbagaian aktiviti perpustakaan yang memberi manfaat kepada seluruh warga perpustakaan di 

                           

                                

 

21 Mar 2023

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

412354
Today: 25
Yesterday: 318
This Week: 1,630
Last Week: 992
This Month: 4,092
Last Month: 4,964
Total: 412,354