Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

NAIB CANSELOR UNISZA SARAN MANFAATKAN KEPELBAGAIAN SUMBER ELEKTRONIK DI PWB

“Pada masa kini, sumber-sumber berbentuk elektronik atau digital merupakan sarana penting selain menjadi sebuah sistem sokongan utama kepada perpustakaan dalam menyebar luas maklumat dan ilmu. Apatah lagi, gaya hidup dan peredaran masa kini yang penyebaran maklumatnya banyak mengadaptasi penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) menjadikan maklumat atau sumber dalam talian sebagai suatu medium penyampaian yang utama kepada pengguna. Sememangnya kos atau peruntukan untuk menyediakan kepelbagaian sumber elektronik ini kepada pengguna amat besar. Justeru, pengguna harus memanfaatkan semua sumber ini dengan sebaiknya.”

Itulah antara petikan ucapan daripada Prof. Dr Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA ketika beliau turun padang merasmikan Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner, Yayasan Bank Rakyat (YBR) pada 21 Mac 2023. Majlis berlangsung di Atrium, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB).    

                

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada YBR khususnya kerana sudi menjadikan UniSZA antara Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih untuk menyumbangkan SIR Corner tersebut.

Menurut beliau lagi, kolaborasi yang dijalankan antara UniSZA dan YBR sememangnya memberi impak yang amat positif selain usaha murni ini juga merupakan suatu sumbangan yang amat bermakna kepada warga UniSZA dan masyarakat. Selain itu, kepelbagaian sumber berkualiti yang terdapat di SIR Corner ini mampu memberikan variasi kepada para pengguna perpustakaan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Dalam pada itu, SIR Corner merupakan platform digital yang menyediakan lebih 100 ribu koleksi digital yang boleh diakses melalui tujuh pangkalan data yang dilanggan seperti Emerald, Overdrive, BLIS, e-Law, e-Newspaper, RAM Rating dan Pressreader untuk para pengguna perpustakaan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Encik Syaiful Rizal bin Abdul Ghani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz Bin Yusoff@Che Abdullah dan Ketua Pustakawan, Puan Norulhuda binti Makhtar.

               

               

21 MAC 2023

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

412709
Today: 380
Yesterday: 318
This Week: 1,985
Last Week: 992
This Month: 4,447
Last Month: 4,964
Total: 412,709