Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

HARI TERBUKA@PWB SEMARAKKAN PERANAN PERPUSTAKAAN KEPADA WARGA UNISZA

Bagi meraikan seluruh warga UniSZA yang sentiasa menyokong Perpustakaaan Al-Wathiqu Billah (PWB), program Hari Terbuka@PWB merupakan suatu penghargaan PWB kepada semua pengguna. Tanpa sokongan padu seluruh warga UniSZA, PWB tidak akan mampu untuk sentiasa komited menyediakan perkhidmatan serta fasiliti kepada pengguna.

Para pengguna memainkan peranan utama dalam memastikan PWB konsisten memberikan perkhidmatan serta prasarana yang terbaik untuk keselesaan dan kemudahan pengguna. Selain itu, persekitaran yang kondusif juga mampu memberikan impak positif dalam menyokong proses pengajaran serta penyelidikan di UniSZA.

Selain dapat mempromosikan kepelbagaian sumber maklumat di perpustakaan, program ini juga mampu menyemarakkan aktiviti perpustakaan kepada warga universiti.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari program ini berlangsung pada 20-22 Disember 2022, antaranya Kaunter Lelongan Barang Al-Luqotoh, Kaunter Diskaun Denda, Kaunter Sokongan Penyelidikan, Kaunter Data Penyelidikan dan E-Resource Day.

Pameran ‘Himpunan Seni dan Budaya Tradisional Terengganu’ juga turut menyerikan program tersebut bagi berkongsi pengalaman dengan para pengunjung mengenai sejarah kebudayaan dan kesenian negeri Terengganu. Selain itu, pameran ini dapat mempromosikan negeri Terengganu yang terkenal dan sinonom dengan pelbagai kesenian dan kebudayaan unik.

Bagi memeriahkan program, pelbagai hadiah Cabutan Bertuah juga turut disediakan kepada pengguna.

                                          

                                       

                                      

25 DISEMBER 2022

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

434712
Today: 19
Yesterday: 54
This Week: 620
Last Week: 979
This Month: 6,275
Last Month: 7,394
Total: 434,712