Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PWB RAI STAF BERPENCEN SETELAH LEBIH 30 TAHUN BERKHIDMAT

‘Usia’ perkhidmatan selama 38 tahun bukanlah suatu jangka masa yang singkat dan sangat bermakna memandangkan hampir separuh usia beliau menabur berbakti kepada tugas dan tanggungjawab di tempat beliau berkhidmat. Apa yang lebih penting, pengalaman sepanjang menjadi warga Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), UniSZA tidak ternilai dan sememangnya amat bererti bagi beliau.

PWB meraikan Pembantu Pemuliharaan Kanan, iaitu Encik Amri bin Abdul Ghawi yang mula bercuti pada 10 Ogos 2022 dan mula berpencen pada 21 September 2022. Beliau memulakan perkhidmatan pada 1 November 1984 sebagai Pembantu Pemuliharaan.

Seluruh warga PWB mengucapkan terima kasih kepada Encik Amri kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh komited dan amanah sepanjang bertugas di PWB. Selamat bersara dan semoga Allah sentiasa memberkati seluruh kehidupan beliau di dunia dan akhirat. 

                                     

21 SEPTEMBER 2022

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

048607
Today: 124
Yesterday: 491
This Week: 1,965
Last Week: 3,106
This Month: 1,289
Last Month: 9,478
Total: 48,607