PENERBIT UNISZA KONGSI KEPAKARAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR

Telefon pintar merupakan antara peralatan atau gajet yang sangat penting pada masa kini. Penggunaan telefon pintar bukan sahaja terhad kepada membuat panggilan, menghantar teks, mesej dan gambar, tetapi gajet ini menyediakan pelbagai aplikasi menarik yang boleh digunakan dalam membantu kerja-kerja kita seharian.

Kemudahan telefon pintar ini bukan sahaja dapat memudahkan pelbagai urusan seharian, namun tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan profesional. Semua ini telah dikupas dan dikongsi dengan begitu mendalam oleh Encik Wan Mohd Fadzli bin Wan Samsudin, yang merupakan seorang Pereka di Penerbit UniSZA. Beliau telah dijemput sebagai fasilitator untuk berkongsi ilmu dalam Kursus Penggunaan Telefon Pintar Secara Profesional Untuk Diimplimentasikan di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) serta di Ptj Lain pada 27 Julai 2020. Sesi ini berlangsung di Makmal Komputer Tertutup, PWB Kampus Gong Badak.

                                            

Selain perkongsian mengenai penggunaan telefon pintar, kursus ini juga dapat memudahkan pengurusan, akses dan perkhidmatan di perpustakaan, memberi pendedahan tentang teknologi masa kini, mengenal pasti pelbagai kaedah tips dan ‘tricks’ semasa mengambil gambar menggunakan kamera telefon pintar dan mengendalikan aplikasi QR Code, facebook live dan muat turun dokumen.

Kursus sehari ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) dan PWB.

                                           

                                             

27 Julai 2020 

PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA