Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

LAKUKAN SEGALA KERJA KERANA ALLAH, HIDUP KITA PASTI TENANG

SELASA, 1 OKTOBER 2019

                                                                 

Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah menyarankan agar setiap kerja yang dilakukan perlu dilaksanakan kerana Allah dalam mencari ketenangan hidup. Beliau juga menyeru kepada semua warga Perpustakaan UniSZA supaya menanamkan sifat ikhlas dalam bekerja bagi mencari keberkatan di tempat kerja. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di program Ceramah pembangunan Modal Insan pada 29 September 2019 di Makmal Tertutup Perpustakaan UniSZA. 

                                                                  

Pengisian selama sejam itu mengupas tajuk ‘Keberkatan di Tempat Kerja’. Beliau juga turut berkongsi beberapa amalan yang boleh dipraktiskan bagi memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Antaranya, mengamalkan solat dhuha, sentiasa membaca surah Yasin, al-Waaqi’ah dan al-Mulk, menjaga hubungan silaturahim sesama manusia, membudayakan memberi salam dan sentiasa bersedekah. 

Menurut Dr, Shafiee, “Kita kena cari jalan untuk ‘berniaga’ dengan Allah. Caranya dengan banyakkan memberi sedekah dan menginfakkan harta kita ke jalan Allah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w, iaitu “tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

“Jangan sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan pintu rezeki kepada kita.”

Beliau juga turut berpesan agar ‘menjaga’ diri daripada berhutang. Konsep ini perlu diamalkan kerana kehidupan akan lebih sempit dengan keterhutangan yang banyak untuk mencapai kehendak kita. Selain itu, dapat mengurangkan keberkatan  rezeki dan menyumbang kepada perkara-perkara yang tidak baik. 

                                                                  

Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah juga merupakan Pengarah, Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar UniSZA. Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan UniSZA (Menjalankan Tugas), Puan Norulhuda Makhtar.

Program sebegini dapat memberikan santapan rohani kepada semua warga UniSZA selain berkongsi ilmu dalam mewujudkan persekitaran kerja yang positif serta memberi input-input yang berguna. 

Majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah turut diadakan setelah usai program tersebut. Cenderahati disampaikan oleh Encik Mohd Khairudin Mohd Yasin. 

 

 

 

 

 

 

 

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

402969
Today: 61
Yesterday: 86
This Week: 61
Last Week: 643
This Month: 2,760
Total: 402,969