Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

MESYUARAT KUMPULAN FOKUS KHAS PERKONGSIAN MAKLUMAT (KFKPM) BIL.1/2016

UNISZA INTERNATIONAL CENTER (UIC), KUALA LUMPUR

Mesyuarat Kumpulan Fokus Khas Perkongsian Maklumat (KFKPM) Bil.1/2016 telah berlangsung pada 21 November 2016 dimana UniSZA telah menjadi urusetianya. Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat UIC, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 20 Universiti Awam Malaysia (UAM). Penubuhan kumpulan fokus khas ini bermatlamat merancang dan melaksanakan program perkongsian maklumat dalam kalangan UAM dan telah dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan UniSZA, Puan Rohani Othman. 

MESYUARAT KUMPULAN FOKUS KHAS PERKONGSIAN MAKLUMAT

Pertemuan ahli KFKPM ini memberi ruang perbincangan secara terperinci bagi menggariskan terma rujukan penubuhan kumpulan. Antara objektif utama penubuhan kumpulan ini adalah mewujudkan forum bagi perkongsian idea, kepakaran serta pengalaman dalam bidang perkongsian maklumat. Di samping itu, mewujudkan modul bagi perkongsian maklumat mendapat perhatian di kalangan ahli yang mana ia dirancang untuk diperbincangkan dengan lebih lanjut dalam bengkel yang akan diadakan pada masa akan datang.

Penubuhan KFKPM diharap dapat menjadi platform bagi pemantapan fungsi pustakawan dalam perkongsian maklumat di zaman maklumat di hujung jari dan tanpa sempadan ini.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

420321
Today: 265
Yesterday: 323
This Week: 588
Last Week: 1,930
This Month: 6,842
Last Month: 5,217
Total: 420,321