Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERPUSTAKAAN UNISZA JADIKAN HARI WARGA PERPUSTAKAAN 2019 PLATFORM SATUKAN HATI STAF

Pelbagai program dalam takwim tahun 2019 Perpustakaan UniSZA telah disusun dan diatur dengan begitu padat dan rapi. Salah satu program tahunannya, iaitu Hari Warga Perpustakaan 2019 juga telah berlangsung pada 12 Januari 2019 lalu merupakan pembuka tirai kalendar aktiviti Perpustakaan UniSZA pada tahun ini.

Program yang dihadiri oleh warga Perpustakaan UniSZA ini diadakan di Chalet Anees, Kuala Nerus. Program dimulakan dengan bacaan doa, dan seterusnya, Ketua Pustakawan UniSZA (menjalankan tugas), Puan Norulhuda Makhtar menyampaikan ucapan pada program tersebut.

Antara lain dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua staf Perpustakaan UniSZA atas sumbangan dan penglibatan sepanjang tahun 2018.

Beliau turut menyeru kepada semua agar meningkatkan pencapaian pada tahun 2019 ini dan juga mengukuhkan semangat kekitaan serta kekeluargaan.

“Saya menyeru kepada semua agar dapat bersama-sama mengukuhkan semangat kekitaan dan kekeluargaan memandangkan tempat kerja juga adalah rumah kedua kita. Selain itu, jadikan kerja kita ini sebagai suatu ibadah supaya kita sentiasa ikhlas dalam menjalankan pelbagai tugas,” katanya.

Turut menyerikan program, beberapa acara sukaneka diadakan melibatkan semua staf yang hadir.  

Majlis penyampaian hadiah turut dijalankan usai acara sukaneka dan makan tengahari. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Pustakawan UniSZA (menjalankan tugas), Puan Norulhuda Makhtar.

Program santai sebegini dapat mengukuhkan semangat berpasukan, mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyatukan hati seluruh warga Perpustakaan UniSZA. Selain itu, dapat membawa mereka untuk ‘lari’ seketika daripada rutin kerja harian.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

402963
Today: 55
Yesterday: 86
This Week: 55
Last Week: 643
This Month: 2,754
Total: 402,963