Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI PERPUSTAKAAN UNISZA MERIAHKAN SAMBUTAN SYAWAL 1438 HIJRAH

Bersempena kemeriahan Syawal yang masih rancak diraikan, Perpustakaan UniSZA turut sama  menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Perpustakaan UniSZA pada 13 Julai 2017 lalu. Majlis dihadiri oleh seluruh warga Perpustakaan UniSZA yang sama-sama menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati.

Sambutan diadakan secara sederhana dan ringkas, namun suasananya tetap meriah dengan pelbagai hidangan tradisi istimewa antaranya laksa, nasi dagang, nasi minyak dan pelbagai kuih-muih di samping seluruh warga Perpustakaan yang bertungkus-lumus membuat persiapan majlis.

Majlis berlangsung bermula jam 10.00 pagi di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan (BPPP), Aras 1. Turut bersama-sama dalam majlis ini adalah sebahagian daripada para pelajar dan staf dari PTj lain yang berkunjung ke perpustakaan pada hari tersebut untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan berurusan dengan Perpustakaan UniSZA.

  

  

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan ini dapat menyatupadukan seluruh warga Perpustakaan UniSZA selain memberi peluang untuk beramah mesra bukan sahaja dalam kalangan warga Perpustakaan UniSZA tetapi juga para pengunjung perpustakaan.  

  

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

402976
Today: 68
Yesterday: 86
This Week: 68
Last Week: 643
This Month: 2,767
Total: 402,976