Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA PERPUSTAKAAN UNISZA TUTUP TIRAI TAKWIM SYAWAL 1436 HIJRAH

Kemeriahan Syawal 1436 Hijrah berakhir dengan meriah di Perpustakaan UniSZA apabila menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Perpustakaan UniSZA pada 13 Ogos 2015 yang lalu. Majlis tersebut dihadiri oleh seluruh warga Perpustakaan UniSZA yang sama-sama menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati.

Walaupun ia diadakan secara sederhana dan ringkas tetapi suasananya tetap meriah dengan pelbagai hidangan tradisi istimewa antaranya laksa, rendang, lontong dan juga nasi himpit. Majlis berlangsung bermula jam 10.00 pagi di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan (BPPP), Aras 1. Turut bersama-sama dalam majlis ini adalah sebahagian daripada para pelajar dan staf dari PTj lain yang berkunjung ke perpustakaan pada hari tersebut untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan berurusan dengan Perpustakaan UniSZA.

Majlis yang diadakan ini juga dapat menyatupadukan seluruh warga Perpustakaan UniSZA seterusnya menjalinkan ukhuwah dan silaturrahim sesama staf seiring dengan matlamat Aidilfitri yang kita raikan saban tahun. 

                                        

                                        

                                        

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

411714
Today: 147
Yesterday: 270
This Week: 990
Last Week: 992
This Month: 3,452
Last Month: 4,964
Total: 411,714