160 PELAJAR PRAUNIVERSITI KUNJUNGI PERPUSTAKAAN UNISZA
Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan seramai 160 orang pelajar prauniversiti yang menyertai “Lawatan Sambil Belajar Prauniversiti Sekolah-sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Bachok, Kelantan ke Universiti Sultan Zainal Abidin” pada 12 Ogos 2015. Lawatan ini yang turut disertai bersama lapan orang guru pengiring tiba pada jam 12.20 tengahari.
Rombongan ini disambut oleh pustakawan dan beberapa orang staf Perpustakaan UniSZA. Mereka diberikan taklimat ringkas dan seterusnya dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA bagi melihat sendiri kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan untuk para pengguna.
Lawatan sambil belajar ini mampu menyuntik inspirasi baru kepada para pelajar untuk menempatkan diri mereka bagi menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, ia juga dapat memberikan suatu pengalaman baru dan bermakna kepada mereka. Diharapkan lawatan ini juga dapat menjadikan perpustakaan sebagai sebuah institusi ilmu yang dekat di hati mereka. Sesi lawatan berakhir jam 1.00 petang.
Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR