Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PUSTAKAWAN UNISZA RENTASI SEMPADAN, TIMBA PENGALAMAN DI HO CHI MINH, VIETNAM

Memetik suatu ungkapan yang masyhur berbunyi, “Tuntutlah ilmu biar sampai ke negara China”. Namun, biarpun tidaklah sampai ke negara China, ia merupakan suatu perjalanan merentasi sempadan bagi Puan Norhazura Yunus, yang telah menjejakkan kaki beliau ke negara Vietnam baru-baru ini bagi mengikuti suatu lawatan penandaarasan di sana. Beliau yang juga pustakawan UniSZA, telah menyertai lawatan tersebut pada 27 Julai hingga 30 Julai 2015 lalu. Lawatan itu turut menghimpunkan seramai sepuluh orang ‘duta kecil’ Malaysia ke negara tersebut yang terdiri daripada para pustakawan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), selain Puan Norhazura yang merupakan wakil UniSZA. Dalam rangka lawatan yang dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia Timur (PPMT), para peserta lawatan telah dibawa mengunjungi General Science Library Ho Chi Minh City dan Library of National University Ho Chi Minh yang terletak di bandar raya Ho Chi Minh. Objektifnya adalah bagi melihat serta bertukar maklumat berkenaan pembangunan sumber, perkhidmatan serta pembangunan sistem dan teknologi yang diaplikasikan di negara tersebut.

Negara Vietnam mempunyai sejarahnya yang begitu unik. Bandar raya Ho Chi Minh, yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Saigon' merupakan salah sebuah bandar raya terbesar di Vietnam yang mempunyai kepadatan penduduknya iaitu seramai 9 juta orang. Dengan keunikan negara tersebut, ditambah dengan pengisian lawatan yang menarik dan padat, mampu memberikan suatu pengalaman bermakna dan ilmu yang berharga selain dapat memberikan inspirasi baru kepada para peserta khususnya dan juga dunia kepustakawanan di negara ini.

                                 

                                       

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

402979
Today: 71
Yesterday: 86
This Week: 71
Last Week: 643
This Month: 2,770
Total: 402,979