Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

“JEJAK MENARA GADING 2015 KE UNISZA” BAWA PELAJAR SMK WAKAF BHARU KE PERPUSTAKAAN UNISZA

Lawatan “Jejak Menara Gading 2015 ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)” pada 2 Ogos 2015 telah membawa seramai 38 orang pelajar bersama lima orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu, Kelantan untuk mengunjungi Perpustakaan UniSZA. Rombongan ini tiba jam 3.45 petang dan disambut oleh staf dan pustakawan UniSZA. Program lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk mempelajari serta menambah pengetahuan mengenai kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan untuk pengguna di perpustakaan di kalangan warga pendidik dan juga para pelajar.

Rombongan ini kemudiannya dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA.

Diharapkan program ini mampu memberikan pengetahuan baru kepada guru dan pelajar mengenai fungsi dan peranan utama perpustakaan kepada pengguna yang meliputi semua golongan masyarakat. Malahan, lawatan ini juga sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para pelajar untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang diminati ke menara gading.

                                 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

410338
Today: 56
Yesterday: 147
This Week: 606
Last Week: 309
This Month: 2,076
Last Month: 4,964
Total: 410,338