Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

“MEDICAL & SCIENTIFIC LITERATURE SEARCH” UNTUK STAF FAKULTI PERUBATAN.

Pada tanggal 14 Julai 2015, seramai 15 orang pensyarah Fakulti Perubatan telah menghadiri program “Medical & Scientific Literature Search”. Program yang dianjur oleh Fakulti Perubatan dengan kerjasama Perpustakaan Kampus Perubatan ini telah berlangsung di Makmal Komputer 3, UniSZA Kampus Perubatan. Program tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Sabri bin Muda, Pustakawan Kampus Perubatan.

                 

Matlamat utama program tersebut adalah untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan bahawa terdapat pelbagai akses maklumat berkaitan perubatan sama ada daripada sumber elektronik langganan UniSZA mahupun melalui akses terbuka (oopen access) daripada internet. Program ini juga diharap akan dapat meningkatkan kemahiran kakitangan akademik dalam mencari literatur saintifik, membantu menghasilkan kajian dan penyelidikan serta dapat menyampaikan kaedah pencarian bahan rujukan kepada para pelajar. Selain itu, melalui hebahan penggunaan sumber elektronik langganan UniSZA seperti ini juga diharap akan dapat meningkatkan jumlah penggunaan yang boleh memberi kesan kepada return of investment (ROI).

Program yang bermula pada jam 10:00 pagi itu telah berakhir pada jam 12:00 tengah hari.

                 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

412040
Today: 29
Yesterday: 212
This Week: 1,316
Last Week: 992
This Month: 3,778
Last Month: 4,964
Total: 412,040