Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

JADIKAN “BEKERJA SEBAGAI SUATU IBADAH”DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Dalam slot Ceramah Pembangunan Modal Insan yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Ahmad Tirmizi Taha, Pensyarah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), kerja sebagai ibadah ditakrifkan sebagai “tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan mencari keredhaan Allah”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki oleh syarak. Itulah antara beberapa perkara yang diberi penekanan oleh Ustaz Ahmad Tirmizi semasa sesi ceramah tersebut berlangsung di Auditorium Perpustakaan, UniSZA. Ceramah selama sejam ini yang bertajuk “Bekerja sebagai suatu ibadah” telah dihuraikan dan diperjelaskan dengan begitu baik dan santai oleh penceramah. Dalam ceramah tersebut, Ustaz Ahmad Tirmizi juga banyak menekankan agar kita sebagai penjawat awam melaksanakan perintah Allah ketika bekerja walau dalam keadaan apa sekalipun. Penceramah juga turut mengingatkan kita supaya tidak terlalu lalai dengan perkembangan teknologi gajet yang sangat cepat berkembang dan mengaplikasikan penggunaan gajet ini dengan sebaik-baiknya agar dapat memberi manfaat kepada semua. Sesi ini telah berlangsung pada 17 Jun lalu. Terdahulu, warga Perpustakaan UniSZA juga telah mengikuti sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Encik Syaiful Hisyam Saleh dan Cik Nurul Bazilah Wahab.

                                     

                                     
 
 

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

410244
Today: 109
Yesterday: 136
This Week: 512
Last Week: 309
This Month: 1,982
Last Month: 4,964
Total: 410,244