LAWATAN SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM KE PERPUSTAKAAN UNISZA

Seramai 20 orang pelajar dan 24 orang guru pengiring mengunjungi Perpustakaan UniSZA pagi tadi. Rombongan dari Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor, Selangor ini tiba jam 10.30 pagi tadi sempena program Lawatan Penanda Aras ke UniSZA. Rombongan ini kemudiannya diberikan taklimat ringkas mengenai Perpustakaan UniSZA dan juga dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA.

                                  

 Lawatan penanda aras ini diadakan adalah bertujuan untuk mempelajari serta memahami dari aspek pengurusan, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan untuk pengguna khususnya para pelajar di perpustakaan. Selain itu, lawatan ini juga diharapkan dapat memberikan pengetahuan baru kepada guru dan pelajar mengenai fungsi dan peranan perpustakaan kepada pengguna. Malahan, lawatan ini juga dapat mewujudkan kerjasama yang baik serta mengeratkan hubungan antara Perpustakaan UniSZA dengan pihak sekolah terutamanya warga pendidik dan pelajar.