Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERPUSTAKAAN UNISZA RAI KUNJUNGAN KETUA PUSTAKAWAN UMS

Perpustakaan UniSZA hari ini berbesar hati menerima kunjungan tetamu istimewa dari negeri di Bawah Bayu, Sabah. Beliau adalah Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Puan Dg. Rukiah Ag. Amit. Kunjungan ini adalah bersempena dengan program “Chief Librarian Talk” yang diadakan di Kota Bharu. Beliau yang tiba pada jam 9.30 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UniSZA, Puan Faridah Muda dan beberapa orang pustakawan. Beliau juga diberikan taklimat ringkas mengenai Perpustakaan UniSZA di Bilik Mesyuarat Perpustakaan selain turut sama berkongsi buah fikiran dan bertukar pendapat dalam bidang berkaitan.

Kunjungan ini boleh disifatkan sebagai satu medium perantaraan yang mampu memberikan impak yang positif dalam membina hubungan yang lebih erat di antara UniSZA dan UMS. Kunjungan ini juga memberi petanda baik dalam usaha memajukan bidang kepustakawanan dan maklumat serta meningkatkan taraf profesion pustakawan di Malaysia.  

Seterusnya, Puan Dg. Rukiah Ag. Amit dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA bagi melihat sendiri kemudahan infrastruktur serta perkhidmatan yang disediakan. Kunjungan ini berakhir sekitar jam 2.30 petang.

                              

                              

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

410158
Today: 23
Yesterday: 136
This Week: 426
Last Week: 309
This Month: 1,896
Last Month: 4,964
Total: 410,158