WARGA SMK LONG YUNUS LAWAT PERPUSTAKAAN UNISZA

   

Seramai 72 orang pelajar bersama tujuh orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus, Bachok, Kelantan melawat Perpustakaan UniSZA pagi tadi bersempena lawatan mereka ke UniSZA. Rombongan yang tiba pada jam 10.00 pagi itu disambut oleh beberapa orang staf Perpustakaan. Seterusnya, mereka diberi taklimat ringkas dan kemudiannya dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA bagi melihat sendiri kemudahan infrastruktur serta perkhidmatan yang disediakan. Ini merupakan salah satu pengisian mereka dalam program lawatan mereka ke UniSZA. Perpustakaan UniSZA amat mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus sempena lawatan ini. Selain itu, kunjungan selama satu jam ini juga diharapkan dapat memberikan pendedahan khusus serta membuka minda mereka mengenai perpustakaan dan juga mampu memberikan suatu pengalaman serta persepsi baru kepada mereka. Sesi lawatan berakhir pada jam 11.00 pagi.

   
 
  

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA