Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERPUSTAKAAN UNISZA SAMBUT KEDATANGAN BAKAL GURU

Perpustakaan UniSZA menyambut mesra kedatangan seramai 34 orang pelajar bersama 3 orang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu sempena lawatan mereka ke Perpustakaan UniSZA pada 11 Mei lalu. Rombongan yang tiba pada jam 10.00 pagi itu disambut oleh beberapa orang staf Perpustakaan. Mereka diberi taklimat ringkas dan kemudiannya dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA bagi melihat sendiri kemudahan infrastruktur serta perkhidmatan yang disediakan. Ini merupakan salah satu pengisian mereka dalam program lawatan mereka ke UniSZA. Apa yang lebih menarik, mereka turut dibawa melawat ke Bahagian Teknologi Maklumat dan Multimedia (BTMM) untuk melihat serta mempelajari proses ‘digital preservation’ yang dijalankan di Perpustakaan UniSZA. Perpustakaan UniSZA amat mengalu-alukan kedatangan semua bakal guru dan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan sempena lawatan ini. Selain itu, kunjungan ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan khusus serta membuka minda mereka mengenai perpustakaan dan juga mampu memberikan suatu pengalaman serta persepsi baru kepada mereka. Sesi lawatan berakhir jam 11.00 pagi.

  

  

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

412041
Today: 30
Yesterday: 212
This Week: 1,317
Last Week: 992
This Month: 3,779
Last Month: 4,964
Total: 412,041