Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PERPUSTAKAAN UNISZA DIPILIH TUAN RUMAH BENGKEL OCLC CONNEXION 2015

Perpustakaan UniSZA menerima kedatangan lebih 30 orang peserta dari seluruh pantai timur pada 11 Mei hingga 12 Mei 2015 kerana telah terpilih menjadi tuan rumah dan bekerjasama untuk mengadakan Bengkel OCLC Connexion 2015 Peringkat Zon Timur anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan  NM13 Sdn. Bhd. Bengkel ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Timur (PPMT). Bengkel yang diadakan selama dua hari ini bagi memberi pendedahan serta kefahaman kepada para peserta mengenai pangkalan data OCLC Connexion yang boleh diaplikasikan dalam menjalankan kerja-kerja pendokumentasian bahan perpustakaan.

  

  

OCLC adalah singkatan kepada Online Computer Library Center (OCLC), bukanlah asing di kalangan para pustakawan serta mereka yang terlibat dalam dunia perpustakaan dan maklumat.  Ia merupakan sebuah perkhidmatan dan penyelidikan perpustakaan yang berlandaskan keahlian yang bertumpu kepada matlamat awam bagi meningkatkan capaian serta akses maklumat dunia dan juga mengurangkan kos maklumat. OCLC Connexion telah digunakan oleh 72,000 perpustakaan di seluruh dunia sebagai alat bantuan pengkatalogan. Untuk itu, PNM telah melanggan pangkalan data OCLC Connexion ini yang mana ia dapat menyediakan platform khusus kepada pustakawan dalam proses pendokumentasian bahan perpustakaan melalui copy cataloguing. Ini juga mampu membantu para pustakawan untuk menjalankan kerja pendokumentasian bahan dengan lebih cepat dan efektif. Melalui OCLC Connexion, ahli perpustakaan boleh menyumbang dan mendapatkan rekod (import dan eksport) yang berkualiti daripada satu sumber yang berautoriti iaitu ‘Worldcat’ yang diterajui OCLC. PNM telah memberi laluan pengaksesan OCLC Connexion ini kepada pelbagai agensi dan institusi kerajaan, yang mana ia juga meliputi hampir semua Universiti Awam (UA) termasuklah UniSZA.

Selain itu, bengkel ini juga dapat mewujudkan serta mengukuhkan rangkaian antara perpustakaan dan mampu menjana idea-idea baru antara peserta. Sesi bengkel ini telah dijalankan oleh dua orang penceramah jemputan dari PNM iaitu Puan Zuraidah Mohammed dan Cik Marsila Ahmad. Bengkel ini telah berlangsung di Auditorium Perpustakaan, UniSZA.

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

420315
Today: 259
Yesterday: 323
This Week: 582
Last Week: 1,930
This Month: 6,836
Last Month: 5,217
Total: 420,315