Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

WARGA SMKA DATO’ HAJI ABBAS KUNJUNGI PERPUSTAKAAN UNISZA

Walaupun keadaan hujan lebat menyelebungi bumi Kuala Terengganu pagi tadi, ia tidak menghalang rombongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas, Kuala Terengganu untuk datang mengunjungi Perpustakaan UniSZA. Rombongan ini tiba di Perpustakaan UniSZA pada jam 9.00 pagi. Rombongan yang terdiri daripada 50 orang pelajar dan tiga orang guru ini telah disambut oleh beberapa orang staf dan juga pustakawan Perpustakaan UniSZA. Mereka telah diberikan taklimat ringkas yang berlangsung di Atrium Perpustakaan UniSZA. Seterusnya romnbongan telah dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA bagi memberi pendedahan serta pengetahuan baru kepada warga sekolah terutamanya mengenai Perpustakaan UniSZA. Selain itu, ia juga merupakan suatu usaha untuk membuka minda para pelajar tentang pengurusan perpustakaan selain dapat berkongsi pengalaman mengenai kerjaya dalam bidang kepustakawanan.

   

  

Ini juga merupakan usaha berterusan Perpustakaan UniSZA untuk menjadikan perpustakaan supaya sentiasa dekat di hati para warga sekolah terutamanya para pelajar. Ini juga dapat membantu mereka menambah ilmu di luar kelas di sekolah.

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

409817
Today: 85
Yesterday: 75
This Week: 85
Last Week: 309
This Month: 1,555
Last Month: 4,964
Total: 409,817