Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

WARGA MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN JEJAK KAKI KE PERPUSTAKAAN UNISZA

                                 

Hari ini 22 April 2015, Perpustakaan UniSZA dengan berbesar hati menerima kunjungan daripada warga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman. Rombongan yang terdiri daripada 40 orang pelajar dan tiga orang guru ini tiba pada jam 9.30 pagi dan kemudiannya disambut oleh beberapa orang staf Perpustakaan UniSZA. Sejurus selapas itu, rombongan telah diberikan taklimat ringkas oleh Pustakawan Kanan, Perpustakaan UniSZA, Puan Norulhuda Makhtar di Atrium Perpustakaan. Usai sesi taklimat, rombongan telah dibawa melawat ke seluruh Perpustakaan UniSZA bagi memberi mereka peluang melihat sendiri kemudahan infrastruktur serta perkhidmatan yang disediakan di sini. Perpustakaan UniSZA amat mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dan guru Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman sempena kunjungan ini. Selain itu, kunjungan ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan khusus kepada mereka serta membuka minda mereka mengenai perpustakaan dan juga mampu memberikan pengalaman baru kepada mereka. Sesi berakhir jam 11.00 pagi.

                                        

                                        

                                        

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

409982
Today: 110
Yesterday: 140
This Week: 250
Last Week: 309
This Month: 1,720
Last Month: 4,964
Total: 409,982