Welcome to the Official Website of Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Call us on

09-668 7761

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

BENGKEL RDA TARIK PERHATIAN LEBIH 30 PESERTA LUAR


  

Lebih 30 peserta dari luar UniSZA hadir mengikuti Bengkel Pengorganisasian Bahan Media, Sumber Elektronik & Terbitan Bersiri Berasaskan RDA (Resource Description and Access) 2015, yang berlangsung pada 20 April sehingga 23 April 2015 ini. Para peserta akan berkampung di Perpustakaan UniSZA selama 4 hari untuk sama-sama menimba ilmu dan berkongsi pengetahuan berkaitan Resource Description and Access (RDA) yang merupakan standard baru pengkatalogan yang digunakan untuk menerangkan pelbagai jenis sumber, sama ada dalam medium bercetak atau elektronik. Dalam bengkel ini, para peserta akan didedahkan tentang pengenalan RDA, transformasi daripada AACR2R kepada RDA dan juga kesinambungan AACR2R dalam standard RDA. Selain itu, penekanan bengkel ini juga lebih bertumpu kepada latihan amali berbanding secara teori untuk memberi pendedahan kepada peserta mengaplikasikan peraturan RDA dan juga MARC 21 dalam pengkatalogan bahan-bahan perpustakaan.

   

Para peserta terlebih dahulu telah diberikan taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Bengkel Pengorganisasian Bahan Media, Sumber Elektronik & Terbitan Bersiri Berasaskan RDA (Resource Description and Access) 2015, Encik Din Sulong. Selain itu, Prof. Madya Hamidah Haji A. Rahman telah dijemput untuk menjadi penceramah dalam bengkel 4 hari ini. 

Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR

Gambar PERPUSTAKAAN UniSZA

Contact Us

Al-Wathiqu Billah Library (PWB)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Gong Badak Campus
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

  09-668 7761
  09-668 7854
  library@unisza.edu.my
logo3d left

Location

Follow Us

Visitors

412017
Today: 6
Yesterday: 212
This Week: 1,293
Last Week: 992
This Month: 3,755
Last Month: 4,964
Total: 412,017