Cetak

Koleksi Perpustakaan

 
Bahan-bahan perpustakaan dikumpulkan dalam beberapa koleksi berdasarkan ciri-ciri yang telah ditentukan. Penyusunan bahan-bahan dalam koleksi adalah berdasarkan skim pengelasan Library of Congress (LC). Bagi bahan-bahan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan skim pengelasan National Library of Medicine Classification Sheme (NLM) digunakan. Koleksi-koleksi yang terdapat di perpustakaan dinyatakan dalam sistem di bawah tajuk Branch dan Location.
 

Kod Koleksi

Kod Koleksi

a - Koleksi Arab
av - Koleksi Multimedia
jur - Koleksi Terbitan Bersiri
ktg - Koleksi Terengganu
law - Koleksi Undang-Undang
r - Koleksi Rujukan
sem - Koleksi Persidangan / Seminar
t - Koleksi Tesis

Kod Bahan

Kod Bahan

Pada beberapa jenis bahan terdapat kod akhiran (abjad) pada nombor panggilan. Kod-kod akhiran yang digunakan ialah (seperti Gambarajah 2 dan 3 di atas):

 

r        -    rujukan (Koleksi-Koleksi Arab, Multimedia, Undang-Undang dan Arkib)

d/(D)  -    bahan boleh dipinjam (Koleksi Undang-Undang)

a/(A)  -    akta dan perundangan (Koleksi Undang-Undang)

b/(B)  -    laporan undang-undang (Koleksi Undang-Undang)

Pangkalan Data

Pangkalan Data dan Bahan-Bahan Terbitan Elektronik

Penggunaan pangkalan data dan bahan-bahan terbitan elektronik boleh diakses melalui portal Perpustakaan di alamat www.perpustakaan.unisza.edu.my. Akses kepada pangkalan data dan bahan-bahan terbitan elektronik pada masa ini terhad kepada akses dari dalam kampus sahaja. Usaha-usaha sedang dibuat bagi membolehkan akses dari luar kampus.

Sumber-sumber elektronik yang dapat dibekalkan adalah seperti berikut:

a. Pangkalan Data

Perpustakaan melanggan pangkalan data-pangkalan data berikut:

ACM Digital Library

Bankscope

CLJLaw

Ebscohost

Islamic Finance Information Service (IFIS)

Lawnet

Lexis-Nexis Research

OSIRIS

Proquest

Review.com

Scopus

Springerlink

b.  Buku Elektronik

Brill Online

ebrary

NetLibrary

PlantSCIENCEnetBASE

c.  Jurnal Elektronik

Cambridge Journals

informaworld

IngentaConnect

MetaPress

nature

Oxford Journals

Sage Journals Online

Wiley InterScience

World Scientific

d.  WebInfoline

Kertas-kertas soalan peperiksaan akhir semester disimpan dalam bentuk digital dan boleh diakses melalui WebInfoline di portal Perpustakaan.

e.  Repositori Digital

Keratan-keratan akhbar mengenai Universiti yang telah melalui proses pendigitan dikumpulkan dalam repositori ini. Pengguna juga boleh mengakses panduan penggunaan OPAC di sini.

Koleksi Perpustakaan Kampus Gong Badak

Koleksi Perpustakaan Kampus Gong Badak

Koleksi Arab

Semua bahan berbahasa Arab ditempatkan di Koleksi ini. Koleksi ini terletak di Tingkat Atas. Bahan-bahan dalam Koleksi ini terdiri daripada 2 kumpulan bahan, iaitu yang boleh dipinjam dan untuk rujukan dalam Perpustakaan sahaja. Sila rujuk pada sistem untuk mengetahui sama ada bahan boleh dipinjam atau sebaliknya.

Koleksi Umum

Koleksi ini merupakan koleksi terbesar Perpustakaan. Semua bahan dalam Koleksi ini boleh dipinjam. Lokasi Koleksi ini ialah di Tingkat Bawah.

Koleksi Rujukan

Bahan-bahan Koleksi Rujukan adalah untuk dirujuk dalam Perpustakaan sahaja. Contoh-contoh bahan yang ditempatkan dalam Koleksi ini ialah seperti ensiklopedia, kamus, direktori, indeks, abstrak, handbook serta bahan-bahan yang berharga RM1,000 atau lebih. Koleksi ini  ditempatkan di Tingkat Bawah.

Koleksi Multimedia

Koleksi ini mengandungi bahan-bahan media seperti kaset audio, kaset video, cakera padat, kit, termasuk buku yang diiringi oleh bahan-bahan media. Bahan-bahan ini hanya untuk kegunaan dalam Perpustakaan kecuali buku-buku yang dibenarkaan untuk pinjaman. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk membolehkan pinjaman sebahagian daripada bahan media. Lokasi koleksi ialah di Tingkat Atas bersebelahan teater kecil.

Koleksi Undang-Undang

Semua bahan mengenai undang-undang dan perundangan (klas K) ditempatkan dalam Koleksi ini yang terletak di Tingkat Bawah bersama-sama dengan Koleksi Rujukan.

Koleksi Terbitan Bersiri

Bahan-bahan dalam Koleksi ini terdiri daripada akhbar, majalah, jurnal, buletin dan   penerbitan-penerbitan berkala seumpamanya. Koleksi ini mengandungi dua bahagian iaitu:

a.  terbitan bersiri terkini

b.  terbitan bersiri berjilid

Semua bahan dalam Koleksi ini hanya boleh dirujuk dalam perpustakaan sahaja. Kebenaran daripada Pustakawan diperlukan sekiranya bahan perlu dibawa keluar untuk dibuat salinan. Koleksi Terbitan Bersiri terletak di Tingkat Atas.

Koleksi Pinjaman Terhad

Buku-buku teks dan semua bacaan wajib untuk semua kursus seperti yang terkandung dalam silibus kursus ditempatkan di Koleksi Pinjaman Terhad. Pinjaman hanya dibenarkan untuk tempoh sehari (1 hari) sahaja. Koleksi ini ditempatkan sementara di Bahagian Khidmat Maklumat.

Arkib

Arkib ialah satu ruang khas (bersebelahan makmal komputer Perpustakaan) yang baru diwujudkan. Bahan-bahan berikut ditempatkan di Arkib.

a.  Koleksi Terengganu

Ia merupakan kumpulan bahan-bahan mengenai negeri Terengganu atau yang dihasilkan oleh orang Terengganu dalam pelbagai bentuk.

b. Koleksi Tesis

Di Koleksi ini ditempatkan semua tesis dan disertasi yang telah dikumpulkan oleh perpustakaan. Kertas-kerta projek pelajar juga ditempatkan di Koleksi ini.

c.  Koleksi Seminar

Kertas kerja seminar atau persidangan, sama ada berjilid atau tidak ditempatkan di Koleksi ini.

d.  Bahan-bahan sumbangan yang diterima daripada orang perseorangan atau pertubuhan-pertubuhan.

e. Bahan-bahan lain yang tidak boleh diletakkan di rak-rak terbuka.

Semua bahan Arkib hanya boleh dirujuk dalam Perpustakaan sahaja. Kebenaran untuk membuat salinan perlu diperolehi daripada Pustakawan dan Pustakawan berhak untuk tidak membenarkan salinan dibuat bergantung kepada keadaan fizikal bahan.

Koleksi Perpustakaan Kampus Kota

Koleksi Perpustakaan Kampus Kota

Open Shelf

Semua bahan yang boleh dipinjam ditempatkan dalam koleksi ini. Hak meminjam dan tempoh pinjaman bahan adalah seperti yang dinyatakan dalam bab Keahlian Perpustakaan.

Reference

Bahan-bahan dalam koleksi ini ialah bahan-bahan untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.

Multimedia

Koleksi ini menempatkan bahan-bahan buku, media dan buku yang disertakan dengan bahan media.

Terbitan Bersiri

Semua jurnal dan terbitan-terbitan berkala ditempatkan di rak majalah yang disediakan berdekatan kaunter pinjaman.

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions