NEW DELHI GAMIT KETIBAAN WAKIL PERPUSTAKAAN UNISZA
New Delhi adalah sebuah ibu kota India yang juga merupakan pusat Kerajaan Wilayah Ibu Negara Delhi. Pada tahun ini, New Delhi menjadi bandar tumpuan utama seluruh warga perpustakaan di dunia apabila berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa pada 14 hingga 22 Februari 2015 yang lalu. Sempena Pesta Buku Antarabangsa tersebut, Perpustakaan UniSZA telah diberi peluang oleh Pengurusan UniSZA untuk menghantar dua orang peserta, Puan Rohani Othman iaitu Ketua Pustakawan, Perpustakaan UniSZA dan juga Pustakawan iaitu Cik Marlina Jaafar bagi menyertai lawatan serta pemilihan buku di sana. Selain daripada membuat pemilihan bahan bacaan dan multimedia yang bersesuaian, lawatan ini juga dapat menjalin hubungan dengan institusi-institusi yang lain dan membina hubungan dengan wakil-wakil penerbit dan pempamer buku. Turut sama menyertai lawatan ini ialah Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusof dari Fakulti Perubatan.
Taklimat dan sesi soal jawab bersama Pengurusan Penerbit Jaypee Brothers Medical Pemilihan bahan di Gudang Penerbit Paras
Dalam rangka lawatan tersebut, rombongan telah dibawa melawat ke Pesta Buku Delhi bertempat di Pragati Maidan, Penerbit Jaypee Brothers Medical (Ansari Road, Daryaganj), Pembekal Panworld Books dan Penerbit Paras (Daryaganj) dan All India Institute of Medical Sciences (Gautam Nagar, Ansari Nagar East). Pesta Buku Antarabangsa New Delhi 2015 ini yang bertemakan “Suryodaya: Emerging Voices from Northeast India” ini telah menarik penglibatan seramai 1025 pempamer seluruh dunia termasuk penerbit di India.
Hadapan Dewan Utama Pesta Buku Antarabangsa Delhi Suasana dalam salah satu dewan di Pesta Buku Antarabangsa Delhi
Antara program lain yang turut diadakan sepanjang Pesta Buku ini adalah perbincangan panel mengenai pelbagai aspek tulisan, filem dan sejarah rantau ini dan juga persembahan. Lawatan ini juga mampu memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada para peserta serta membantu mempertingkatkan perolehan bahan yang lebih relevan dengan kehendak pembelajaran dan pengajaran Universiti.
Koleksi buku umum di Perpustakaan AIIMS Bersama Ketua Pustakawan Perpustakaan AIIMS
Berita NOORFADZILAH MOKHTAR@MAKHTAR