BENGKEL PEMANTAPAN MODUL PEROLEHAN DAN TERBITAN BERSIRI 2010
Bengkel Pemantapan Modul Perolehan dan Terbitan Bersiri Jabatan Perpustakaan UniSZA 2010 telah diadakan pada 1hb Julai 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak. Kakitangan yang terlibat terdiri daripada Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sumber dan fasilitator adalah Puan Faridah Muda.
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memantapkan kakitangan dalam penggunaan modul perolehan dan terbitan bersiri dalam sistem ILMU supaya ianya diurus dengan sistematik memandangkan koleksi di perpustakaan sentiasa berkembang dari masa ke semasa.
Berita ROSNORZAINI RUSLI
Gambar JABATAN PERPUSTAKAAN UniSZA