Cetak

‘Sedekad UniSZA’ singkap transformasi gemilang UniSZA

Dalam mencapai segala impian yang sudah direncana, sudah hampir sedekad UniSZA diiktiraf sebagai sebuah universiti awam (UA) di negara ini.  Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai cabaran dan kejayaan telah dikecapi oleh UA ini. Walaupun sedekad menjadi UA, hakikat sebenarnya ialah UniSZA telah menjadi antara institusi pengajian tinggi terawal ditubuhkan di Pantai Timur. Bermula sebagai Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 1985, kemudian mengorak langkah sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dan kini telah dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Sejarawan Negara, Prof. Khoo Kay Kim mentafsirkan bahawa sejarah itu sebagai satu hakikat yang merujuk kepada masa, yang sudah lepas itu adalah sejarah, sejarah itu perlu dihormati. Oleh itu, pameran Sedekad UniSZA diadakan sebagai suatu usaha bagi memberi peluang kepada warga UniSZA khususnya dan komuniti luar mempelajari serta menghayati pencapaian UniSZA. Pameran ini sedang berlangsung bermula 6 November 2017 di Aras 1, Perpustakaan UniSZA.

Selain diadakan bagi sambutan Sedekad UniSZA, pameran ini bertujuan untuk berkongsi informasi mengenai perkembangan UniSZA dan juga menghargai sumbangan seluruh warga UniSZA dalam membantu UniSZA merealisasikan semua perancangan dapat dijayakan sebaiknya. 

Pameran ini dimuatkan dengan sejarah penubuhan UniSZA, dan diikuti dengan beberapa segmen lain, antaranya pencapaian pelajar, pencapaian staf, sukan, kolaborasi dan pengantarabangsaan. Selain pameran, pelbagai trofi dan anugerah yang telah dimenangi juga turut dipamerkan untuk tatapan para pengunjung.

Pameran ini akan berlangsung sehingga 30 November 2017.

 

                          HUBUNGI KAMI
                           
                             
Open source productions